MUZIUM TEKSTIL NEGARA

Jabatn Muzium Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. (dwi bahasa) (ISBN978-967-0372-05-1)

Muzium Tekstil Negara ditempatkan di sebuah bangunan warisan yang bercirikan seni bina Moorish.

Bangunan ini pernah digunakan oleh pelbagai jabatan dan institusi sebelum dibaik pulih dan dijadikan muzium pada bulan Oktober 2007.

Bangunan ini direka bentuk oleh arkitek British bernama A.C. Norman, telah siap dibina pada tahun 1905.

Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 9 Januari 2010.

Muzium Tekstil Negara membawa anda meneroka kekayaan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia .

Muzium ini menjejak aliran dan perkembangan tekstil yang telah mempercirikan dan membentuk gaya hidup masyarakat Malaysia sejak zaman pra-sejarah hingga kini.

Pengunjung dapat melawat empat galeri ; Pohon Budi, Pelangi, Teluk Berantai, Ratna Sari yang mempamerkan koleksi tekstil tersohor, aksesori dan pakaian.

Galeri kelima Saindera menempatkan pameran bertema dan program awam.