© 2013 Seni Reka Perindustrian: daripada Idea kepada Lakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Penulis:
Shahriman Zainal Abidin, Mohamad Hariri Abdullah dan Zaidi Yusoff

Sinopsis:
Karya ini dihasilkan atas keperluan memperbanyak bahan rujukan dalam bahasa Melayu tentang seni reka perindustrian. Garapan tentang proses reka bentuk dikemukakan daripada proses memformulasikan idea kepada proses perkembangan idea sehinggalah peringkat persembahan sesebuah reka bentuk.

Buku rujukan yang mudah difahami ini memberikan panduan kepada pembaca tentang visual ke dalam bentuk lakaran seni reka perindustrian. Pembaca juga boleh mengetahui kaedah lakaran kasar menggunakan penanda (marker). Penanda merupakan bahan yang selalu digunakan dalam amalan membuat lakaran kerana cepat kering dan mudah digunakan. Dengan yang demikian, cara penggunaan bahan tersebut diterangkan dari mula hingga akhir berserta contoh lakaran.

Dalam buku “Seni Reka Perindustrian daripada Idea kepada Lakaran” ditekankan teori, elemen dan prinsip asas serta peraturan lakaran reka bentuk dengan penulisan. Contoh ilustrasi banyak dipaparkan supaya semua penerangan dapat difahami dan diusahakan oleh pembaca khususnya program seni reka perindustian, ahli akademik, penyelidik, pereka bentuk amatur mahupun pereka profesional yang berkhidmat dalam sektor industri.