© 2012 Panduan Asas Perniagaan Dalam Industri Seri Reka Grafik, Penerbit Press, UiTM

Penulis :GHAZALI Daimin (Dr)
AZHAR Abdul Jamil (Dr)
MOHD HAFIZUL Idham

Buku ini merupakan satu koleksi garis panduan dan pengenalan kepada strategi perniagaan dalam industri reka bentuk grafik di Malaysia. Skop dalam industri reka bentuk grafik terlalu luas yang meliputi kerja-kerja Penerbitan Meja 'Desktop Publishing' (DTP), pengiklanan, penerbitan umum, ilustrasi, pengurusan acara, mereka bentuk laman sesawang, mereka bentuk papan-papan tanda, multimedia (animasi) dan sebagainya. Kesemua ini akan dikumpulkan dalam buku ini untuk dijadikan bahan bacaan dan juga panduan kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri di dalam industri seni reka grafik.